Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Perubahan jadikan Liga-M lebih menarik dan mencabar

    PETALING JAYA, 26 JAN – Kancah Liga Malaysia (Liga-M) 2023 yang menawarkan keseluruhan enam trofi kejuaraan menjanjikan saingan lebih menarik menerusi beberapa perubahan penting dibuat Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam kalendar perlawanan.

    Perubahan paling menarik perhatian ialah jadual Liga Super menjadi lebih panjang apabila akan bermula 24 Feb sehingga 17 Dis melibatkan keseluruhan 182 perlawanan selepas terdapat penambahan 50 aksi berbanding musim lepas.

    Peningkatan jumlah perlawanan itu dipengaruhi penambahan dua kelab bertanding, menjadikan keseluruhan 14 pasukan berbanding hanya 12 pada musim lepas.

    Selain itu, Piala Malaysia yang akan berlangsung dalam tempoh saingan Liga Super untuk musim ini merupakan perubahan penting dibuat MFL, sekali gus menyaksikan kejohanan berprestij itu tidak lagi menjadi kemuncak Liga-M pada akhir musim.

    Badan pentadbir Liga-M itu turut melakukan perubahan terhadap format perlawanan Sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah melibatkan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC pada 24 Feb ini apabila perlawanan itu kembali dikira sebagai aksi pertama Liga Super.

    Dalam pada itu, MFL mengesahkan perlawanan Sumbangsih akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri yang merupakan gelanggang tuan rumah, JDT. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...