Thursday, February 20, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perubahan tenaga & inovasi

    Oleh Pg Fairol RMF

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Mei – Persatuan Perniagaan Brunei-Perancis (FBBA), hari ini, telah mengadakan taklimat mengenai ‘Perubahan Tenaga & Inovasi’ yang mengetengahkan dua orang pembentang dari industri yang berkaitan dengan tenaga.

    Persidangan yang berlangsung di Hotel Radisson, di sini, itu telah dihadiri oleh Setiausaha Tetap (Hiliran dan Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Haji Jamain bin Haji Julaihi selaku tetamu kehormat.

    Turut hadir ialah Presiden FBBA, Pierre Imhof, Presiden Kehormat, Awang Muda bin Haji Adnin, Bendahara FBBA, Daniel Ng dan ahli-ahli FBBA serta jemputan dari sektor swasta dan orang ramai.

    Salah seorang pembentang dalam persidangan berkenaan ialah Brandon Ng yang merupakan salah seorang penghasil produk sumber tenaga diperbaharui yang diketengahkan dalam Forbes Asia 30 di bawah 30 dalam industri, pembuatan dan sektor tenaga.

    Brandon Ng yang lahir di negara ini merupakan Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif AMPD Energy dan di majlis itu, beliau telah menyampaikan taklimat mengenai ‘Kepentingan Penyimpanan Tenaga dari Solar’.

    (Dari Kanan-Kiri) Pierre Imhof, Brandon Ng, Dato Paduka Haji Jamain, dan Vincent Dutel hadir pada taklimat anjuran FBBA mengenai ‘Perubahan Tenaga & Inovasi’.
    (Dari Kanan-Kiri) Pierre Imhof, Brandon Ng, Dato Paduka Haji Jamain, dan Vincent Dutel hadir pada taklimat anjuran FBBA mengenai ‘Perubahan Tenaga & Inovasi’.

    Beliau antara lain menyentuh mengenai kepentingan penggunaan solar yang bukan sahaja percuma malah tanpa pencemaran, mudah untuk dikerahkan dan penggunaan tanpa peralatan bergerak.

    Beliau juga mengongsikan cita-citanya untuk menjadikan Brunei menggunakan sumber tenaga diperbaharui secara efisien dengan memperkenalkan salah satu dari produk inovasi beliau yang digelar ‘AMPD Silo’.

    Menurutnya, produk berkenaan mampu menyimpan tenaga ke dalam kotak penyimpanan AMPD Silo bagi pengurangan penggunaan elektrik yang berlebihan atau menyimpan tenaga elektrik.

    Taklimat berkenaan turut menampilkan Ketua Pegawai Eksekutif Total E&P Borneo BV, Vincent Dutel yang menumpukan mengenai ‘Perubahan Tenaga’.

    Beliau menerangkan mengenai bagaimana syarikat menghasilkan inovasi dan teknologi terkini dan pada waktu yang sama menjadi sebahagian daripada penyelesaian dengan menggunakan tenaga secara efisien, lebih diperbaharui dan pengurangan penggunaan tenaga karbon.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda