Perubahan waktu operasi pusat swab

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 OGOS – Kementerian Kesihatan dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, memaklumkan bahawa waktu operasi bagi ujian swab di Kompleks Sukan, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha adalah dari pukul 7 pagi hingga 2 pagi setiap hari.

Kenyataan menegaskan, orang ramai yang akan mendapatkan ujian swab dikehendaki untuk mengisi borang terlebih dahuu dan dinasihatkan untuk membawa pen mereka sendiri sebagai langkah kawalan jangkitan COVID-19 dan mengamalkan penjarakan sosial semasa berada di pusat ujian swab berkenaan.