Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 14 DIS – Bermula esok (15 Disember), waktu beroperasi bagi Pusat Vaksinasi Stadium Tertutup dan Pusat Vaksinasi Learning Development Centre, Hospital Suri Seri Begawan (SSB) akan diubah.
Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar menjelaskan, Pusat Vaksinasi Stadium Tertutup akan beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari dan 2 petang hingga 5 petang pada Isnin hingga Khamis, Sabtu dan Ahad manakala itu, Jumaat dari 2:30 petang hingga 5 petang.
“Pusat Vaksinasi Learning Development Centre, Hospital SSB, Kuala Belait beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari dan 2 petang hingga 5 petang pada Isnin hingga Khamis dan Sabtu,” tambah Yang Berhormat Dato pada sidang media harian di Kementerian Kesihatan, hari ini.