Perubahan waktu operasi talian 148 sepanjang Ramadan

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 APRIL – Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa waktu operasi bagi perkhidmatan Talian Nasihat Kesihatan 148 akan dikemas kini sepanjang bulan Ramadan ini.

Bermula esok, perkhidmatan Talian Nasihat Kesihatan 148 akan beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 5:30 petang dan 7:30 malam hingga 10 malam setiap hari.

Kementerian Kesihatan memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi berikutan perubahan waktu operasi tersebut dan bagi maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Talian Darussalam 123 pada bila-bila masa.