Perubahan waktu perkhidmatan Pusat Vaksinasi Stadium Tertutup

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV – Bermula 22 November, waktu perkhidmatan bagi
Pusat Vaksinasi Stadium Tertutup akan berubah, bermula 8 pagi sehingga 5 petang setiap Isnin hingga Khamis, Sabtu dan Ahad.

Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar mengongsikan perubahan waktu itu pada sidang media COVID-19 di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan hari ini.

“Manakala, waktu perkhidmatan pada setiap hari Jumaat adalah dari 2:30 petang hingga 5 petang,” tambah Yang Berhormat Dato.

Menurutnya, perkhidmatan suntikan vaksinasi di pusat tersebut dibukakan kepada orang ramai bagi dos pertama dan kedua, sama ada secara tempahan BruHealth atau secara walk-in.