Perubahan waktu perkhidmatan ujian swab

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 APRIL – Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya yang dikeluarkan, di sini, hari ini, memaklumkan mengenai perubahan waktu operasi bagi perkhidmatan ujian swab di Kompleks Sukan, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha bermula kelmarin.

Menurut kenyataan itu lagi, operasi ujian berkenaan adalah dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari termasuk Jumaat, Ahad dan hari-hari kelepasan awam.

Kementerian Kesihatan turut memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi dari perubahan waktu operasi berkenaan dan bagi orang ramai yang ingin untuk mendapatkan maklumat lanjut, boleh menghubungi Talian Darussalam 123 pada bila-bila masa.

Gambar fail ujian swab. – AFP