Perubatan alternatif penduduk miskin Venezuela

CARACAS – Ruang menunggu di sebuah kediaman persendirian Brother Guayanes di daerah Petare dipenuhi dengan pesakit-pesakit – satu perniagaan yang tidak pernah mencapai di tahap yang baik.

Berikutan kekurangan bekalan perubatan yang kronik, semakin ramai penduduk Venezuela beralih kepada perubatan alternatif bagi merawat penyakit umum di negara Amerika Selatan yang dilanda krisis ekonomi itu. “Kami telah pergi ke hospital dan tidak terdapat apa-apa di sana. Ubat-ubatan sudah habis, terlalu mahal, apa yang perlu kami lakukan?” kata Rosa Saez, 77, yang telah mendapatkan rawatan untuk lengannya yang sakit.

Carlos Rosales – menggunakan Brother Guayanes untuk menjalankan perniagaannya – memasukkan elemen ‘rohani’ pada pesakit sebelum menjalankan proses pembedahannya. Pesakit akan berbaring, mata tertutup, di atas katil yang disediakan, menjalankan satu siri ‘Swishes’ dan ‘Clicks’ kemudian lima pasang gunting akan diletakkan di atas badan pesakit yang berbaring.

Penyembuh penyakit itu berkata bahawa dia telah melakukan 200 teknik itu dalam satu ruang yang terang di mana pelbagai poster dan gambar dilekatkan yang Rosales panggil sebagai ‘entiti rohani’. Salah seorang pengunjung yang berkunjung ke pusat kerohanian itu, Saez mempercayai akan kaedah Rosales itu. “Teknik itu telah menyembuhkan buah pinggang saya,” tambahnya.

Seluruh Venezuela, terutama di kawasan miskin seperti Petare, pesakit tidak mampu untuk membayar harga ubat-ubatan disebabkan oleh krisis ekonomi negara itu. Persatuan farmasi Venezuela berkata bahawa farmasi dan hospital rata-rata hanya mempunyai sekitar 20 peratus stok perubatan yang diperlukan.

Di gerai miliknya, Lilia Reyes berkata bahawa dia telah melihat perniagaannya dalam tumbuh-tumbuhan perubatan semakin berkembang. – AFP
Rosales menggunakan tumbuh-tumbuhan sebagai sumber untuk menjalani rawatan digabung dengan fahaman agama mereka. – AFP

Ramuan tumbuh-tumbuhan

Klinik Rosales dipenuhi dengan bau-bauan tumbuhan. Rosales menggunakan tumbuh-tumbuhan sebagai sumber untuk menjalani rawatan digabung dengan fahaman agama mereka. Poster-poster dilekatkan berhampiran pintu masuk mengingatkan pelanggan untuk membayar dengan bayaran tunai sahaja.

Sebagaimana penggamal am yang lain, Rosales menghabiskan masa berkomunikasi dengan pesakitnya, memeriksa menggunakan stetoskop, sebelum menawarkan perkhidmatan diagnosis.

Lazimnya, dia akan menetapkan ramuan perubatan berdasarkan tumbuh-tumbuhan dan buah, seperti nanas dan sejenis buah-buahan tempatan yang dikenali sebagai chayote. “Kami tahu ubat-ubatan itu adalah perlu, saya tidak menentang ubat, akan tetapi ubat saya adalah botani,” tambahnya.

Di gerai miliknya, Lilia Reyes berkata bahawa dia telah melihat perniagaannya dalam tumbuh-tumbuhan perubatan semakin berkembang. “Saya tidak dapat memenuhi permintaan yang tinggi,” katanya di gerai tersebut yang terletak di pusat bandar, Caracas yang dipenuhi aroma chamomile, salah satu daripada 150 tumbuh-tumbuhan yang dia jual.

Pengunaan sesetengah tumbuh-tumbuhan boleh mematikan, Grismery Morillo mengingatkan. Seorang doktor di hospital awam Caracas, Morillo berkata bahawa dia telah melihat banyak kes-kes seperti kegagalan hati berikutan penduduk memakan akar-akar tertentu.

Menurut parti pembangkang Venezuela, kira-kira 300,000 pesakit kronik berada dalam risiko kematian berikutan kekurangan perubatan. Akan tetapi walaupun berisiko, penduduk seperti Carmen Teresa mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai cara yang alternatif lagi.

Di dapur restorannya yang telah ditutup tiga tahun lalu apabila krisis ekonomi mula berlaku, penduduk dari Colombia berusia 58 tahun itu menyediakan daun ara bagi merawat ‘neuropati diabetic’.

Ubat bagi menahan sakit yang diperlukan adalah sangat mahal dan harga semakin naik disebabkan oleh hiperinflasi, justeru, dia memotong semula pil dan menambah rawatannya dengan menggunakan infus herba.

Dia memerlukan sekurang-kurangnya empat tablet setiap hari bagi memastikan kencing manisnya berada di tahap yang normal. Ibunya, hanya terbaring sejak potong kaki setahun yang lalu, menderita akibat penyakit Alzheimer dan memerlukan lima pil sehari untuk hipertensi. “Saya masih makan pil ubat akan tetapi saya mengurangkan dosnya,” kata Teresa, yang juga menggantikan pil kolesterol dengan jus lemon. – AFP