Tuesday, August 16, 2022
27.1 C
Brunei

Peruntukan RM1.25 bilion untuk bangunkan prasarana di Sabah tahun depan

-

PAPAR, 29 NOV – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memperuntukkan sebanyak RM1.25 bilion untuk projek pembangunan prasarana bagi tahun depan di Sabah.

Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata peruntukan KPLB kepada Sabah itu meningkat sebanyak 6.25 peratus berbanding pada 2021.

“Peruntukan itu melibatkan 248 projek yang akan dilaksanakan di Sabah,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan berupa pelitup muka, pelindung muka, cecair pembasmi kuman dan kerusi roda bagi kegunaan pusat pemberian vaksin (PPV) di Dewan Masyarakat Papar di sini hari ini.

Mahdzir berkata antara projek berkenaan ialah empat kategori projek di Sabah yang mendapat permintaan ialah kemudahan jalan raya, bekalan air, elektrik dan kesejahteraan rakyat seperti membaik pulih rumah. – Bernama

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Iran nafi terbabit serangan Salman Rushdie

TEHRAN, 15 OGOS – Pegawai kerajaan Iran hari ini menafikan Tehran terbabit dalam serangan yang mencederakan penulis kontroversi, Salman Rushdie di Amerika Syarikat (AS)...

China lancar latihan baharu

- Advertisment -