Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Peruntukan $108 juta bagi Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 MAC – Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) akan sedaya upaya melaksanakan inisiatif-inisiatif yang mendukung ke arah pertumbuhan ekonomi negara melalui peruntukan perbelanjaan biasa sebanyak $108,029,200 selain perbelanjaan kemajuan sebanyak $34,416,971 yang diluluskan bagi tahun kewangan 2022/2023.

    Terdahulu dalam pembentangan peruntukan bagi MTIC pada hari keenam permesyuaratan Majlis Mesyuarat Negara (MMN), hari ini, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd Yusof menyatakan bagi mendukung Objektif Strategik MTIC dan selaras dengan keutamaan tema belanjawan bagi tahun kewangan 2022/2023, beberapa inisiatif telah dan akan dilaksanakan.

    Ini termasuk anggaran $28 juta telah diperuntukkan di bawah perbelanjaan berulang-ulang.

    Sebanyak $9.24 juta pula telah diperuntukkan bagi membiayai bayaran lesen-lesen perisian semua kementerian dan $4.8 juta bagi membiayai Talian Darussalam 123 (TD123) serta sekitar $6.6 juta bagi membiayai rangkaian connectivity bagi semua kementerian.

    Bagi projek sistem pengangkutan awam, sebanyak $5 juta diperuntukkan anggaran $370,000 bagi tahun kewangan 2022/23 untuk menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam.

    Di bawah Jabatan Penerbangan Awam, anggaran sekitar $ 5.4 juta diperuntukkan bagi mempertingkatkan prasarana di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

    Beliau seterusnya menjelaskan, anggaran sekitar $10 juta juga telah diperuntukkan di bawah MTIC bagi membiayai penyerapan pengoperasian Cyber Security Brunei (CSB) dan telah memperuntukkan sebanyak $300,000 untuk inisiatif-inisiatif di bawah Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR).

    Manakala itu, sekitar $8.5 juta diperuntukkan kepada Jabatan Pengangkutan Darat bagi pelaksanaan beberapa inisiatif utamanya.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...