Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Peruntukan $124.5 juta bendung wabak penyakit berjangkit

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 FEB – Peruntukan Kementerian Kewangan dan Ekonomi dan jabatan-jabatan di bawahnya bagi Tahun Kewangan 2022/2023 berjumlah keseluruhannya $1,011,516,668 telah diluluskan sebulat suara pada hari keempat permesyuaratan Majlis Mesyuarat Negara (MMN) yang berlangsung di Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis, hari ini.

    Menerangkan mengenai peruntukan berkenaan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah menjelaskan bahawa gaji kakitangan berjumlah $68,864,090 iaitu peningkatan kira-kira $1.47 juta dari Tahun Kewangan 2021/2022 di mana peningkatan adalah disebabkan perkiraan sebenar gaji dan elaun-elaun bagi jawatan-jawatan yang telah diisikan, pemindahan empat jawatan dari Print Plus dan persediaan bagi penyerapan jawatan seramai 76 orang open vote dan empat orang gaji hari.

    Sementara itu, perbelanjaan berulang-ulang berjumlah $931,281,030, iaitu meningkat sebanyak $86,309,621 daripada peruntukan tahun kewangan 2021/2022 dengan perkhidmatan rampaian diperuntukkan sebanyak $790.8 juta untuk membiayai keselamatan dan pertahanan berjumlah $121.8 juta, perkhidmatan perubatan berjumlah $30 juta, menangani wabak penyakit berjangkit termasuk pembelian vaksin COVID-19 berjumlah $124.5 juta, perbelanjaan bagi menangani bencana alam seperti melaksanakan kerja-kerja perlindungan jangka masa panjang bagi tanah susur dan banjir berjumlah $15 juta dan keselamatan awam berjumlah $3.2 juta.

    Projek teknologi maklumat berjumlah $12.4 juta, kemajuan Daerah Temburong berjumlah $6.7 juta, program bantuan kepada pelajar-pelajar Skim Miftaahun Najaah daripada keluarga yang kurang kemampuan di mana bantuan merupakan in-kind seperti pakai seragam sekolah, buku kerja, alat tulis dan yuran sekolah berjumlah $1.5 juta serta lain-lain perbelanjaan.

    Yang Berhormat Dato menyatakan di bawah kategori Perbelanjaan Kemajuan pula, $11,371,548 dengan Harga Rancangan berjumlah $295,223,991 adalah untuk membiayai projek seperti kajian sains, teknologi dan inovasi, banci dan kajian sosioekonomi, sistem pengurusan sumber manusia kerajaan dan lain-lain.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...