Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Peruntukan AS$20 bilion bantu Indonesia capai neutral karbon

    NUSA DUA, INDONESIA, 15 NOV – Negara-negara kaya berjanji hari ini untuk mengumpul sekurang-kurangnya AS$20 bilion untuk membantu Indonesia mencapai neutral karbon dan menghentikan penggunaan arang batu menjelang 2050, satu dekad lebih awal daripada dirancang.

    Amerika Syarikat (AS), Jepun, Kanada dan enam negara Eropah telah menandatangani perjanjian dengan Jakarta pada sidang kemuncak G20 di Bali untuk memastikan ‘peralihan sektor tenaga’ daripada ekonomi Indonesia yang bergantung pada arang batu, menurut kenyataan yang dikeluarkan Rumah Putih.

    Di bawah perjanjian itu, Indonesia, tempat asal hutan hujan ketiga terbesar dunia, berjanji akan mencapai neutral karbon menjelang 2050, 10 tahun lebih awal daripada dirancang, dan menambah dua kali ganda penghasilan tenaga boleh diperbaharuinya pada 2030.

    Presiden Indonesia Joko Widodo menyambut baik perjanjian itu, yang menyusuli perjanjian sama untuk Afrika Selatan pada tahun lalu, model yang boleh ditiru di negara lain untuk memenuhi matlamat iklim dunia. – AFP

    Seorang nelayan memasak nasi di bot ketika loji tenaga mengeluarkan asap di latar belakang di Jakarta, Indonesia. Indonesia memeterai perjanjian dengan pemberi pinjaman antarabangsa kelmarin untuk membantu negara mengurangkan kebergantungan pada arang batu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...