Friday, October 11, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peruntukan baik pulih Bangunan SMK Kunak Jaya diluluskan

    KUNAK, 7 Feb – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meluluskan peruntukan untuk membaik pulih bangunan retak di Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Kunak Jaya pada tahun ini, kata Pengarah Jabatan Pendidikan (JPN) Negeri,Datuk Maimunah Suhaibul. Bagaimanapun, katanya jumlah yang diluluskan masih belum diketahui namun berharap proses membaik pulih itu dapat dipercepatkan untuk  keselesaan pelajar dan kakitangan sekolah.

    “Dengan keadaan bangunan  sekarang tentunya pelajar dan kakitangan sekolah sangat tidak selesa untuk belajar dan mengajar, tetapi atas faktor tuntutan tanggungjawab semua pihak terpaksa bertahan dengan keadaan sekolah serba kekurangan,” katanya ketika melawat sekolah berkenaan di sini, hari ini. Dalam pada itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) Kunak, Mohammed Hatta Arabi berkata kunjungan tidak dirancang daripada Pengarah JPN ini memberi sinar harapan kepada seluruh warga sekolah.

    “Sejak 2010 lagi keretakan pada bangunan sekolah berlaku tetapi pada Jun tahun lalu keretakan pada dua bangunan sekolah semakin serius di mana bangunan itu menempatkan bilik darjah Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima, makmal dan perpustakaan,” katanya. Menurutnya susulan perkara itu pada 10 Jun lepas, pemeriksaan bangunan telah dijalankan bersama Jabatan Kerja Raya dan pihak sekolah telah diminta untuk mengosongkan bangunan terlibat. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda