Peruntukan besar bagi pasang pengecas EV

WASHINGTON, 17 NOV – Presiden AS, Joe Biden menekankan perjanjian infrastruktur bernilai bilion dolar adalah untuk membayar pemasangan pengecas kenderaan elektrik (EV) di seluruh negara itu, satu pelaburan yang menurut beliau masih jauh untuk membendung pencemaran karbon sementara mencipta peluang pekerjaan.

Biden hari ini akan membuat kunjungan ke kilang General Motors di Detroit yang menghasilkan kenderaan elektrik. Beliau akan menjadikan lawatan tersebut sebagai kajian kepada undang-undang infrastruktur baharu bernilai AS$7.5 bilion untuk pengecas EV yang akan membantu AS untuk ‘memilih’ pengeluar tenaga hijau. Ketika ini pasaran saham AS bagi penjualan EV adalah satu pertiga daripada saiz pasaran EV China.

“Ia adalah perjanjian besar,” umum Biden selepas beliau menandatangani undang-undang dalam upacara di Rumah Putih awal minggu ini. Parti Republikan – sebahagian mereka mengundi setuju bagi pakej infrastruktur – mengkritik Biden yang dilihat terlalu sibuk dengan teknologi EV pada masa yang sama AS menunjukkan peningkatan harga terhadap gas asli dan gasolin.

Pemimpin senator Republikan, Mitch McConnell kelmarin berkata ‘pentadbiran Biden tidak mempunyai pelan strategik untuk menjadikan negara itu menjadi ‘hijau’ dalam masa singkat’.

Menurut setiausaha sidang media Rumah Putih, Jen Pskai menegaskan bahawa pentadbiran Biden sentiasa ‘mencari jalan’ untuk mengatasi harga gasolin yang meningkat, mengatakan Biden dan pasukan ekonomik ‘memfokuskan’ isu berkenaan. Psaki berkata pentadbiran kerajaan diminta oleh Suruhanjaya Persekutuan Perdagangan ‘untuk menyekat kenaikan harga secara haram’ dan mengadakan hubungan dengan negara dan entiti luar seperti OPEC mengenai meningkatkan bekalan.

Biden berharap untuk mempromosikan lebih banyak kenderaan elektrik, termasuk pendahuluan cukai kredit AS$7,500 untuk pelanggan yang membeli kenderaan elektrik sehingga 2026. – AP

Presiden Joe Biden semasa mengumumkan perjanjian infrastruktur di Rumah Putih. Biden berkata pakej tersebut akan digunakan untuk membayar pemasangan pengecas kenderaan elektrik (EV) di seluruh negara. – AP