Monday, April 28, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peruntukan bina infrastruktur projek padi Sarawak akan dibincang

    KUCHING, 22 SEPT – Kerajaan Persekutuan akan berbincang mengenai peruntukan untuk membina infrastruktur projek penanaman padi di Sarawak, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

    Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata infrastruktur itu merangkumi pembinaan sistem pengairan dan saliran yang baik.

    “Saya akan bincang perkara ini dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Kementerian Ekonomi dan bersama Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim).

    “Dianggarkan peruntukan untuk kawasan Sri Aman sahaja bernilai kira-kira RM1 bilion dan terdapat banyak tempat lain juga yang berpotensi untuk dibangunkan. Kita akan tentukan butirannya dan berapa jumlah yang boleh diberi setiap tahun,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Sarawak Agrofest 2023, di sini, yang turut dihadiri Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda