Thursday, October 5, 2023
23.2 C
Brunei

    -

    Peruntukan khas galakkan pengkarya seni

    KUCHING, 15 SEPT – Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) mengagihkan peruntukan khas berjumlah RM3 juta menerusi Dana Kandungan Digital (DKD) kepada pengkarya seni di Sarawak dan Sabah bagi menggalakkan penerbitan berkualiti di kedua-dua negeri itu, kata menterinya, Fahmi Fadzil.

    Beliau berkata pengagihan dana melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) itu juga bertujuan meningkatkan pembangunan bakat serta kemahiran, merangsang aktiviti dan inovasi serta mewujudkan peluang pekerjaan di kedua-dua negeri berkenaan.

    Bagi tujuan yang sama, beliau berkata diskaun 20 peratus turut diberikan kepada pengkarya kandungan di Sarawak dan Sabah untuk sewaan dan kemudahan fasiliti penggambaran FINAS selama enam bulan mulai hari ini.

    “Sekiranya pengkarya kandungan menghasilkan karya sehingga mampu meraih anugerah terutama di peringkat antarabangsa, kita bersedia memberi lebih banyak diskaun, termasuk 20 peratus lagi selepas daripada itu.

    “Sehubungan itu, saya berharap dana RM3 juta serta diskaun yang diberi dapat memberikan suntikan semangat dan menjadi pemangkin kepada penghasilan lebih banyak kandungan yang lebih berkualiti dari Sabah dan Sarawak, untuk kita raikan kandungan penceritaan mengenai nasib rakyat,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Seminar Fast Track: How To Be A Content Creator serta pembukaan Studio Sound Stage FINAS Sarawak, di Auditorium FINAS, di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengerusi FINAS, Datuk Kamil Othman. – Bernama

    Fahmi Fadzil bergambar bersama warga kementeriannya serta agensi-agensi lain yang terlibat pada Majlis Apresiasi Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Korea U ikrar tindak balas tegas terhadap laporan Pentagon

    SEOUL, 4 OKT - Korea Utara mengecam Amerika Syarikat (AS) berhubung laporan Pentagon, baru-baru ini yang menggelarkannya sebagai ancaman berterusan kerana senjata pemusnah besar-besaran...