Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Peruntukan KHEDN $136.5 juta diluluskan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 MAC – Peruntukan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan jabatan-jabatan di bawahnya bagi Tahun Kewangan 2023/2024 berjumlah keseluruhannya $136,503,951 telah diluluskan sebulat suara pada hari keenam permesyuaratan Majlis Mesyuarat Negara (MMN) yang berlangsung di Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis, hari ini.

    Menerangkan mengenai peruntukan berkenaan, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman menjelaskan bahawa $131,813,060 adalah bagi gaji kakitangan dan perbelanjaan kemajuan, manakala perbelanjaan kemajuan sejumlah $4,690,891 untuk membiayai tujuh projek kemajuan.

    Terdahulu dalam pembentangan peruntukan bagi kementeriannya, Yang Berhormat Dato menyatakan bahawa KHEDN dan jabatan-jabatan di bawahnya akan sentiasa memastikan segala inisiatif yang dirancang dan dilaksanakan adalah sejajar dan menjurus kepada pencapaian Wawasan Brunei 2035.

    Di samping itu, KHEDN akan sentiasa memastikan perbelanjaan peruntukan adalah berbaloi yang memberikan impak yang positif kepada semua golongan masyarakat di negara ini.

    Ia adalah untuk mengekalkan Negara Brunei Darussalam yang aman, makmur dan dinamik seperti mana juga visi KHEDN dengan melaksanakan inisiatif-inisiatif strategik yang telah digariskan dalam Pelan Strategik KHEDN bagi tempoh lima tahun dari 2023 hingga 2027.

    Yang Berhormat Dato berkata lagi, untuk mendukung inisiatif dan mewujudkan ekosistem pro-perniagaan di negara ini, KHEDN akan sentiasa meneliti dasar-dasar yang berkaitan supaya ia sentiasa relevan di mana apa jua program atau projek yang dilaksanakan oleh setiap kementerian akan sentiasa didukung sama dalam mencapai wawasan 2035.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...