Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Perusahaan Easy SVS tawar perkhidmatan runner

    Oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 FEB – Perusahaan Easy SVS yang menyediakan perkhidmatan pengurusan untuk mendatangkan barangan dari gudang di Miri, Sarawak sekali gus membuat penghantaran kepada pembeli di negara ini, telah membuka kedainya di Kiulap hari ini.

    Pemilik perusahaan berkenaan, Awang Mohamad Firdaus bin Abdullah, 30, semasa ditemu bual menjelaskan bahawa semua pekerjanya dan sebarang pengurusan adalah mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang digaris pandukan oleh pihak berwajib demi mengelak sebarang penularan wabak yang melanda sekarang ini.

    Pengusaha muda itu menyatakan, beliau mula berkecimpung dalam perkhidmatan itu sejak 2015 dan ia sedikit sebanyak memberi pengalaman serta berkongsi bersama pekerja yang terdiri daripada anak tempatan.

    Menurut beliau, pembukaan kedai berkenaan juga meyakinkan orang ramai bahawa mereka sedia memberikan khidmat yang terbaik buat pelanggannya dan mereka adalah runner yang berdaftar di bawah Jabatan Kastam dan Eksais Diraja.

    Anggota konvoi JOGB bergambar bersama keluarga mualaf kurang berkemampuan semasa pengagihan makanan di Masjid Kampung Benutan baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...