Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Perusuh rejam pesakit mental hingga mati

    ISLAMABAD, 13 FEB – Sekumpulan perusuh merejam hingga mati seorang lelaki yang menghidap sakit mental di Pakistan, kata pihak berkuasa hari ini, dalam kes terbaharu di negara itu yang berkaitan dengan keganasan penghinaan agama.

    Puluhan orang telah ditangkap berhubung kejadian menghukum mati tanpa perbicaraan itu, yang berlaku malam semalam di sebuah kampung di wilayah Punjab, selepas mangsa dipercayai telah membakar beberapa halaman Al-Quran, menurut Tahir Ashrafi, perwakilan khas bagi perdana menteri berhubung keharmonian beragama.

    Agensi-agensi penguatkuasaan juga memantau ratusan suspek lain, katanya.

    Ashrafi mengatakan keluarga lelaki berkenaan mengatakan mangsa mengalami sakit mental sejak 10 hingga 15 tahun yang lalu.

    “Ini bukan ajaran agama Nabi kita, untuk membunuh orang di bawah intrepretasi agama kamu sendiri,” tambahnya. – AFP

    Sanak saudara, penduduk tempatan dan polis berdiri dekat keranda jenazah seorang lelaki yang direjam hingga mati di daerah Khanewal, Pakistan. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...