Perutusan tahniah kepada Indonesia

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 OGOS – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Dato Laila Utama Joko Widodo, kerajaan dan rakyat Republik Indonesia bersempena Hari Kemerdekaan Republik Indonesia yang ke-76 tahun.