BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Feb – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Islam Iran, Hassan Rouhani dan kerajaan serta rakyat Republik Islam Iran sempena Hari Kebangsaan negara itu.
Dalam titah perutusan kepada Presiden Republik Iran, Kebawah Duli Yang Maha Mulia merakamkan kegembiraan dapat berjumpa dengan beliau di Persidangan Kemuncak Islam OIC ke-13 di Istanbul tahun lepas dan seterusnya berharap berpeluang untuk mengukuhkan kerjasama dan persahabatan yang sungguh bernilai ini pada tahun mendatang.
Pada mengakhiri titah perutusan Baginda itu, Baginda berdoa semoga Allah S.W.T akan mengurniakan beliau keadaan sihat walafiat dan kegembiraan serta rakyat Republik Islam Iran akan terus berkembang maju dan makmur.