Perutusan tahniah kepada Kishida

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OKT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Fumio Kishida, atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Jepun berikutan dengan kemenangannya dalam Parti Liberal Demokratik baru-baru ini.