Perutusan tahniah kepada Oman

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 NOV –  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Sultan Oman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haitham bin Tarik dan kerajaan serta rakyat Kesultanan Oman sempena ulang tahun Hari Kebangsaan Kesultanan Oman.