Perutusan tahniah kepada PM Jepun

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 NOV – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada
Tuan Yang Terutama Fumio Kishida atas pelantikannya semula sebagai perdana menteri Jepun berikutan kemenangannya dalam pilihan raya umum ke-49 pada 31 Oktober lalu.