Perutusan tahniah kepada Qatar

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 DIS – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Emir Qatar, His Highness Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani dan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Qatar, Tuan Yang Terutama Sheikh Khalid bin Khalifa bin Abdul Aziz Al Thani serta kerajaan dan rakyat Qatar sempena Hari Kebangsaan Qatar.