BANDAR SERI BEGAWAN, 8 OGOS – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Singapura, Puan Yang Terutama Halimah Yacob; Perdana Menteri Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dato Laila Utama Lee Hsien Loong, serta kerajaan dan rakyat Republik Singapura bersempena Ulang Tahun Hari Kebangsaan Republik Singapura ke-57 tahun.