Wednesday, March 26, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perutusan tahniah kepada Singapura

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Ogos – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Singapura, Puan Yang Terutama Halimah Yacob; Perdana Menteri Lee Hsien Loong, kerajaan serta rakyatnya sempena Ulang Tahun Hari Kebangsaan ke-53 republik berkenaan.

    Dalam titah perutusan tahniah kepada PYT Halimah Yacob, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menzahirkan kegembiraan dapat mengalu-alukan kedatangan PYT bersama Mohamed bin Abdullah Alhabshee semasa melawat Negara Brunei Darussalam pada bulan Mei yang lalu.

    Baginda juga menzahirkan kegembiraan kerana sudah tentu lawatan berkenaan telah mengukuhkan lagi hubungan istimewa yang sedia lama terjalin di antara kedua-dua negara dan rakyat masing-masing di samping membuka peluang baharu bagi memperluaskan kerjasama.

    Sementara itu, dalam titah perutusan yang sama kepada TYT Lee Hsien Loong, Baginda menyatakan bahawa hubungan istimewa di antara kedua-dua negara merupakan bukti kukuh dalam hubungan dua hala yang bermakna dan Baginda juga yakin hubungan sedemikian akan terus berkembang maju di tahun-tahun mendatang.

    Selain itu, Baginda juga berharap dapat terus bekerjasama dengan TYT bagi meningkatkan lagi ikatan sebagai rakan kongsi penting baik dalam bidang serantau mahupun antarabangsa terutama dalam ASEAN.

    Untuk itu Negara Brunei Darussalam memberikan sokongan penuh kepada TYT sebagai pengerusi pada tahun ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda