Perutusan tahniah kepada Turki

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 OKT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Turki, Tuan Yang Terutama Recep Tayyip Erdogan, kerajaan serta rakyat Republik Turki bersempena Hari Republik Negara berkenaan.