Perutusan tahniah kepada Vietnam

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 SEPT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Sosialis Vietnam, Tuan Yang Terutama Nguyen Xuan Phuc, Perdana Menteri Republik Sosialis Vietnam, TYT Pham Minh Chinh dan kerajaan serta rakyat republik tersebut sempena Ulang Tahun Hari Kebangsaan Republik Sosialis Vietnam ke-76 tahun hari ini.