Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Perutusan tahniah Presiden Republik Rakyat China, India

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 FEB – Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-38 tahun ini, beberapa pemimpin negara sahabat telah menyembahkan perutusan-perutusan tahniah kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta kerajaan dan rakyat Baginda.

    Antara yang menghantar perutusan tahniah ialah Presiden Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Xi Jinping dan Presiden Republik India, Tuan Yang Terutama Ram Nath Kovind.

    Dalam perutusannya, TYT Xi Jinping antara lain menyatakan kedua-dua buah negara mempunyai hubungan persahabatan tradisional dan menjalin perkongsian kerjasama strategik.

    Menurutnya lagi, kerjasama praktikal dalam pelbagai bidang telah membuahkan hasil.
    Sementara itu, TYT Ram Nath Kovind menyentuh mengenai hubungan mesra yang berpanjangan antara India dan Brunei.

    Menurutnya, selama bertahun-tahun hubungan dua hala dalam pelbagai aspek telah berkembang dan kedua-dua buah telah bekerjasama untuk mengembangkan dan mengukuhkan lagi hubungan berkenaan demi manfaat bersama rakyat kedua-dua buah negara.

    Kedua-dua pemimpin turut menyembahkan perutusan tahniah kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia atas kejayaan Brunei mempengerusikan ASEAN bagi 2021.

    TYT Xi Jinping (atas) dan TYT Ram Nath Kovind menyembahkan perutusan tahniah sempena Hari Kebangsaan ke-38 Negara Brunei Darussalam.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...