Perutusan tahniah sempena Hari Kanada

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JUN – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Gabenor Jeneral, Commander-in-Chief Kanada, Her Excellency The Right Honourable Julie Payette dan Perdana Menteri Kanada, Tuan Yang Terutama Justin P J Trudeau serta kerajaan dan rakyat Kanada sempena Hari Kanada.