Perutusan tahniah sempena Hari Kebangsaan Kuwait

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 FEB – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Amir Kuwait, His Highness Sheikh Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah; Perdana Menteri Kuwait, His Highness Sheikh Sabah Al-Khaled Al-Hamad Al-Sabah dan kerabat diraja, kerajaan serta rakyat Kuwait sempena Hari Kebangsaan Kuwait.