BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OGOS – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Yang Di-Pertuan Agong Malaysia, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob serta kerajaan dan rakyat Malaysia bersempena dengan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Malaysia kali ke-64.