Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Perwakilan WHO seru ambil dos penggalak

    PHNOM PENH, 31 JULAI – Perwakilan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ke Kemboja, Li Ailan hari ini menyeru orang ramai untuk mendapatkan dos penggalak vaksin COVID ketika jumlah kes harian telah meningkat.

    Sebanyak 36 kes baharu disahkan melalui ujian PCR hari ini, menjadikan jumlah kes keseluruhan kepada 136,789, dengan 133,517 sembuh manakala 3,056 lagi kematian, kata kementerian kesihatan, sambil menambah tidak ada kematian baharu dilaporkan sejak April.

    “Kami menyaksikan peningkatan kes COVID baru-baru ini di Kemboja. Kesihatan awda sangat berharga. Dapatkan vaksin dengan semua dos yang disyorkan,” kata Li dalam media sosial.

    Beliau berkata vaksinasi COVID kekal menjadi salah satu alat paling berkesan untuk mencegah penyakit yang teruk, melindungi sistem penjagaan kesihatan dan memastikan pemulihan perniagaan.

    “Bersama-sama, kita melindungi sistem penjagaan kesihatan dan memastikan pembukaan semula negara yang mapan dan berjaya di Kemboja,” katanya.

    Didorong oleh kadar vaksinasi yang tinggi, negara Asia Tenggara itu telah menyambung semula semua aktiviti sosioekonomi dan membuka semula sempadannya kepada pelancong tanpa kuarantin sejak November tahun lalu.

    Menurut kementerian kesihatan, 94.5 peratus daripada 16 juta penduduk Kemboja setakat ini telah menerima dos pertama vaksin COVID, 90 peratus telah mengambil dua suntikan asas, 61 peratus telah mendapat dos ketiga, 22 peratus telah mendapat dos keempat, dan 3 peratus telah menerima dos kelima.

    Vaksin Sinovac dan Sinopharm yang dihasilkan oleh China telah digunakan secara meluas dalam program imunisasi kerajaan tersebut. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...