Thursday, April 18, 2024
34.4 C
Brunei

    -

    PERWIRA bertahlil di kubah

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MAC – Sebagai salah satu kegiatan keagamaan pada bulan Ramadan, Persatuan Veteran Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (PERWIRA) telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil khusus buat Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim, di Kubah Makam Diraja, hari ini.

    Hadir pada majlis itu ialah penasihat-penasihat PERWIRA, Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Ba’asith dan Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Mohammad bin Haji Daud serta Yang Di-Pertua PERWIRA, Yang Dimuliakan Pehin Dato Padukaraja Mejar Jeneral (B) Datu Paduka Seri Haji Shari bin Ahmad.

    Turut hadir ialah para mantan pemerintah ABDB, mantan pegawai-pegawai kanan ABDB serta ahli-ahli PERWIRA.

    Acara bertahlil telah dipimpin oleh Penolong Pegawai Ugama, Jabatan Agama ABDB (JAMA’AT), Haji Ariffin bin Tuah.

    YAM Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Ba’asith, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Mohammad dan Yang Dimuliakan Pehin Datu Padukaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Shari bersama ahli-ahli PERWIRA yang hadir pada majlis tahlil di Kubah Makam Diraja, kelmarin. – Gambar serahan PERWIRA

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...