Monday, February 17, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pesaing optimis masih ada peluang kejar Froome

    LE PUY-EN-VELAY, Perancis, 18 Julai – Pesaing-pesang utama Chris Froome dalam Tour de France menegaskan mereka masih memiliki segalanya biarpun kehilangan peluang untuk meraih masa ke atas juara itu di Massif Central.

    Froome mengalami masalah mekanikal ke atas kesukaran pada pendakian kategori pertama yang mencapai kemuncak 30km dari garisan penyudah pada peringkat ke-15 pada Ahad lalu.

    Penunggang dari Britain itu melepaskan 50saat di belakang pesaing utamanya tetapi dibantu dengan usaha dari Pasukan Sky, dan mengejar sejauh 20km, dia berjaya merapatkan jurang sebelum mencapai puncak dan menyelamatkan harinya.

    Kebanyakan pemerhati merasakan ia adalah satu peluang yang disia-siakan oleh Romain Bardet, Fabio Aru dan Rigoberto Uran, terutamanya memandangkan mereka dilihat akan kehilangan masa kepada Froome dalam peringkat ke-20 uji masa sejauh 22.5km Sabtu ini di Marseille.

    Tetapi mereka semua mendakwa bahawa penyudah kemuncak Alpine di Col d’Izoard Khamis ini adalah penting, terutamanya ketika ia berlaku sehari selepas satu lagi peringkat sukar di Alps.

    (Dari kiri) Daniel Martin, Mikel Landa, Alberto Contador, Romain Bardet, Rigoberto Uran, Cyril Gautier dan Chris Froome (jersi kuning) ketika peringkat ke-15 Tour de France. Para pemerhati mengatakan bahawa pesaing-pesaing Froome telah mensia-siakan peluang merapatinya setelah Froome terjejas akibat masalah mekanikal di peringkat itu. – AP
    (Dari kiri) Daniel Martin, Mikel Landa, Alberto Contador, Romain Bardet, Rigoberto Uran, Cyril Gautier dan Chris Froome (jersi kuning) ketika peringkat ke-15 Tour de France. Para pemerhati mengatakan bahawa pesaing-pesaing Froome telah mensia-siakan peluang merapatinya setelah Froome terjejas akibat masalah mekanikal di peringkat itu. – AP

    “Dengan dua peringkat Alpine berturut-turut dan penyudah di kedudukan altitud, mungkin terdapat beberapa jurang besar. Bagi saya, ia adalah peringkat penting, berdasarkan kualiti saya,” kata Bardet, di kedudukan ketiga pada keseluruhannya dengan 23saat, pada Isnin.

    “Tahap di peringkat pergunungan ketika ini adalah sama dengan Froome, Bardet dan Aru,” kata Uran, tempat keempat dengan 29 saat.

    “Tetapi terdapat pendakian seperti Izoard, dengan beberapa kilometer terakhirnya pada ketinggian lebih 2,000 meter (di atas paras laut). Di sana anda mendapatkan perbezaan yang besar.”

    Pada Ahad lalu, terdapat tiga pencabar terdekat kepada Froome yang berpeluang untuk bekerjasama untuk meraih masa terhadap pemenang tiga kali itu, tetapi mereka tidak melakukannya dan Aru, di tangga kedua dengan 18 saat, berkata ia sukar untuk menyusun kerja berpasukan seperti itu di antara pesaing. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda