Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    PESAKA adakan rumah terbuka Aidilfitri

    Oleh Nurdiyanah R.

    TUTONG, 22 MEI – Meskipun Syawal sudah berakhir namun Persatuan Melayu Keriam (PESAKA) tidak ketinggalan mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Dewan Wawasan PESAKA, Kampung Keriam, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri.

    Majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian lagu Hari Raya yang didendangkan oleh ahli-ahli persatuan tersebut. Selain itu, aktiviti peraduan mewarna menjadi tarikan golongan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.

    Sebagai salah satu pengisian kegiatan tahunan persatuan berkenaan, majlis berkenaan merupakan sesuatu yang amat dinanti-nantikan oleh semua lapisan peringkat usia di kampung tersebut untuk meluangkan masa berkumpul mengeratkan jalinan kekeluargaan, persaudaraan mahu pun persahabatan antara satu sama lain.

    Awang Mohammad Sofian bergambar ramai bersama warga PESAKA yang hadir pada majlis tersebut di Dewan Wawasan PESAKA, Kampung Keriam. – Gambar serahan PESAKA
    Kemeriahan majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian koleksi lagu Hari Raya yang didendangkan oleh ahli-ahli persatuan tersebut.
    Aktiviti peraduan mewarna turut menjadi tarikan kepada golongan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah pada majlis tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...