Pesaka kenal pasti dua lokasi latihan pesilat kebangsaan

KUALA LUMPUR, 18 JUN – Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) mengenal pasti dua lokasi di Pahang yang bakal menjadi tempat latihan pusat skuad kebangsaan pada Julai ini sebagai persediaan beberapa kejohanan antarabangsa tahun hadapan.

Setiausaha Agung Pesaka, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata badan induk itu akan menyerahkan surat permohonan kebenaran menjalani latihan pada minggu ini kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk proses kelulusan. – Bernama