Pesakit COVID-19 terima buku agama

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 OKT – Belia Muallaf Asy-Syahadah dengan kerjasama Pusat Dakwah Islamiah (PDI)dan Belia Daie, kelmarin, telah mengungkayahkan program Belia Mualaf Prihatin 3.0 iaitu menyumbangkan buku-buku bacaan keagamaan kepada pesakit-pesakit COVID-19 yang ditempatkan di Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (SUAMPRIPAHS) dan Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SASHHB).

Sumbangan berkenaan telah diserahkan oleh beberapa orang ahli jawatankuasa Belia Mualaf As-Syahadah.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Belia Mualaf Prihatin 3.0 berobjektif untuk membantu kerajaan dengan menghulurkan bantuan kepada pesakit-pesakit dan petugas-petugas hadapan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam.

Antara ahli jawatankuasa Belia Mualaf As-Syahadah bergambar bersama sumbangan buku bacaan keagamaan untuk pesakit COVID-19.