Pesakit COVID-19 tidak dibenarkan mengundi

PUTRAJAYA, 22 SEPT – Pengundi yang positif COVID-19 tidak dibenarkan mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 26 September ini, demikian diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Beliau berkata Mesyuarat Khas Men-teri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini memuktamadkan keputusan itu bagi mengelakkan risiko jangkitan COVID-19.

“Kita telah timbang. Mereka yang positif dan dirawat di hospital tidak dibenar mengundi. Kita tidak mahu ada kluster mengundi,” katanya pada sidang media perkembangan PKPP, hari ini.

Bagi yang bergejala, mereka dibenarkan untuk mengundi dan mereka akan dibawa di tempat pengundian khas yang disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Ismail Sabri berkata mereka yang sedang dikuarantin turut dibenarkan mengundi, namun perlu mengemukakan permohonan kebenaran kepada Pejabat Kesihatan Daerah supaya dapat ditentukan masa dibawa keluar untuk mengundi di tempat khas yang disediakan SPR. – Bernama