Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 10 MAC – Satu kes yang telah disahkan positif COVID di Negara Brunei Darussalam telah meninggal dunia dalam masa 24 jam yang lalu.
Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar memaklumkan bahawa kes tersebut tidak dikategorikan sebagai kematian disebabkan COVID.
Beliau memaklumkannya semasa sidang media yang diadakan di Kementerian Kesihatan, hari ini.
Di kesempatan itu, Yang Berhormat Menteri Kesihatan mewakili warga Kementerian Kesihatan dan keseluruhan rakyat Negara Brunei Darussalam mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.
“Kita doa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama para salehin. Al-Fatihah,” tambah beliau.