‘Pesakit termuda Itali’ sembuh daripada wabak COVID-19

ROM, 9 APRIL – Seorang anak damit berusia dua bulan yang dipercayai merupakan pesakit COVID-19 paling muda di Itali telah dibenarkan keluar dari hospital selepas sembuh dari penyakit itu, kata laporan media hari ini. Anak damit itu tidak lagi mengalami demam dan dibenarkan keluar bersama ibunya, yang sembuh daripada pneumonia, kata laporan. Kedua-dua mereka dimasukkan ke hospital di bandar selatan Bari pada 18 Mac.

Itali secara rasmi menyumbang 17,669 kematian akibat COVID-19, lebih dari mana-mana negara lain. Kerajaan kini sedang menimbang bagaimana dan bila melonggarkan langkah penjarakkan sosial yang telah membantu melihat jumlah kematian harian menurun daripada 969 pada bulan lalu. – AFP