Pesakit tidak kritikal boleh kekalkan imuniti

PARIS, 28 MEI – Pesakit dengan gejala ringan COVID-19 masih boleh menghasilkan antibodi bagi memastikan mereka kekal dengan imuniti dalam tempoh beberapa minggu atau lebih.

Itu adalah hasil dapatan menerusi kajian awal di Perancis yang membuat ujian ke atas kakitangan hospital yang positif terhadap wabak berkenaan.

Menurut kumpulan pengkaji itu, keputusan berkenaan adalah ‘memberangsangkan’ memandangkan mekanisme imuniti mengenai COVID-19 masih kurang diketahui, khususnya bagi individu yang mengalami gejala ringan wabak itu.

Ketua Jabatan Kesihatan Global, Institut Pasteur, Arnaud Fontanet, berkata semua sedia maklum individu yang kritikal COVID-19, antibodinya akan mula terhasil dalam masa 15 hari selepas gejala bermula. – AFP