Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Pesakit UK dijangkiti COVID 505 hari

    UNITED KINGDOM, 22 APRIL – Seorang pesakit United Kingdom (UK) dengan sistem ketahanan amat lemah dijangkiti COVID selama hampir setahun setengah, lapor ahli sains, menekankan kepentingan melindungi orang yang mudah terkesan daripada koronavirus.

    Tidak adanya cara untuk memastikan sama ada ia adalah jangkitan berlarutan COVID disebabkan bukan semua orang diuji, terutamanya secara tetap seperti kes ini.Namun pada 505 hari, ‘ia pastinya merupakan jangkitan paling lama yang dilaporkan,’ kata Dr Luke Blagdon Snell, pakar penyakit mudah berjangkit di Yayasan NHS. Kumpulan perubatan Snell merancang membentangkan beberapa kes COVID yang ‘berterusan’ pada mesyuarat penyakit berjangkit di Portugal hujung minggu ini.

    Kajian mereka menyiasat mutasi yang mana timbul – dan sama ada varian berubah – dalam golongan dengan jangkitan amat lama. Ia melibatkan sembilan pesakit yang diuji positif COVID selama sekurang-kurangnya lapan minggu. Semua mempunyai sistem ketahanan lemah daripada pemindahan organ, HIV, kanser atau rawatan untuk penyakit lain.

    Ujian berulang menunjukkan jangkitan mereka berlarutan secara purata selama 73 hari. Dua mempunyai virus itu lebih daripada setahun.

    Menurut penyelidik sebelumnya, kes paling lama diketahui yang disahkan dengan ujian PCR berlarutan selama 335 hari.

    “Dalam kes pasca COVID, secara umumnya diandaikan virus telah bebas daripada tubuh badan tetapi gejala masih berlarutan,” kata Snell. “Dengan jangkitan berlarutan, ia melambangkan pereplikaan virus yang aktif dan berterusan.” – AP

    Gambar fail serahan Institut Kesihatan Nasional AS menunjukkan virus COVID-19 dalam warna kuning muncul daripada permukaan sel, dalam warna biru-merah muda, dikultur dalam makmal menerusi imej mikroskop elektron berwarna. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...