Thursday, February 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pesalah hidap kanser dibebaskan

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Mei – Mahkamah Rayuan memerintahkan seorang lelaki tempatan yang menjalani hukuman dua tahun penjara untuk dilepaskan serta-merta selepas didiagnosis menghidap kanser gastrik esophageal.

    Amiruddin bin Haji Junaidi, 45, yang sebelum ini disabit dengan kesalahan mencuri dan memalsukan dua cek, dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Tinggi pada Oktober 2016.

    Panel Hakim yang terdiri daripada John Barry Mortimer, Seagroatt dan Burrell memutuskan untuk membenarkan Amiruddin dilepaskan dari penjara di mana mereka menyifatkan persekitaran penjara mungkin persekitaran yang paling teruk untuk pulih atau menjalani rawatan kanser.

    Ketiga-tiga hakim berpuas hati bahawa dalam keadaan kes Amiruddin, wajar untuk mahkamah bertindak belas kasihan dengan mengurangkan tempoh asal hukuman.

    Amiruddin melalui isterinya membuat permohonan rayuan untuk mendapatkan pengurangan hukuman pada Januari lalu, dengan mengemukakan keadaan Amiruddin yang semakin lemah dan mengalami penurunan berat badan selepas menjalani pembedahan, kemoterapi dan radioterapi.

    Ketiga-tiga hakim bersepakat melepaskan Amiruddin daripada hukumannya berkuat kuasa 1 Mei lalu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda