Thursday, October 10, 2024
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pesalah transgender diusir dari UAE

    DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 28 Ogos – Hukuman seorang transgender dari Singapura dan rakannya yang pada awalnya dikenakan penjara setahun di UAE kerana berpakaian menyerupai wanita telah dikurangkan menjadi denda dan pengusiran dari negara berkenaan, menurut seorang pegawai hari ini.

    Nur Qistina Fitriah Ibrahim, seorang wanita transgender yang belum menjalani pembedahan pertukaran jantina dan rakannya, jurugambar fesyen bebas Muhammad Fadli bin Abdul Rahman, akan membayar denda berjumlah 10,000 dirham, kira-kira AS$2,270 dan akan segera diusir, kata pegawai itu.

    Pegawai berkenaan yang bercakap dengan syarat tidak dinamakan untuk membincangkan rundingan-rundingan itu, enggan untuk mengulas lanjut mengenai kes itu memandangkan proses pembebasan kedua-dua pesalah itu masih berjalan.

    (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda