Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Pesambah istimewa sempena Hari Keputeraan ke-76

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OGOS – Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-76 di Surau Al-Faizun, Berakas Garison, hari ini.

    Hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Per-tahanan, Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abdul Kadir.

    Turut hadir ialah Pemangku Pemerintah ABDB, Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, setiausaha-setiausaha tetap, pemerintah-pemerintah angkatan tentera dan angkatan bersama, timbalan-timbalan setiausaha tetap serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Pertahanan dan ABDB.

    Majlis merupakan pesambah istimewa kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan untuk menzahirkan rasa penuh kesyukuran serta memohon doa ke hadrat Allah SWT semoga Baginda akan terus dikurniakan nikmat lanjut usia dan kesihatan serta kekal karar memerintah Negara Brunei Darussalam.

    Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak semasa merenjis minyak wangi pada peserta majlis khatam.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...