Friday, August 19, 2022
24.2 C
Brunei

Pesara menjahit dari van demi kelangsungan hidup

-

DAMSYIK – Tidak pernah terfikir oleh penjahit berusia 65 tahun, Jamal al-Masri bahawa dia akan menghabiskan waktu persaraannya bekerja keras di dalam vannya yang diletakkan di tepi jalan di ibu kota Syria, Damsyik, berbanding bersantai di tepi tasik, atau menikmati suasana di taman bersama rakan-rakan seusianya yang lain.

Sebelum perang di Syria meletus lebih dari 10 tahun yang lalu, al-Masri telah mengimpikan persaraan yang selesa dan menikmati sisa hidupnya bersama keluarganya. Namun, perang yang berlaku, tidak hanya menghancurkan impiannya malahan rumah dan bengkelnya di kejiranan Joret Al Shayah di Homs, musnah akibat peperangan.

Seperti kebanyakkan rakyat Syria yang meninggalkan rumah mereka, al-Masri, isterinya, dan dua anak lelaki mereka yang kelainan upaya meninggalkan Homs menuju ke Damsyik pada tahun 2012 tanpa apa-apa kecuali van vintaj yang kemudian terbukti menjadi aset paling berharga untuknya.

Di Damsyik, penjahit berkenaan menyewa sebuah rumah di kejiranan Rukn Al-Deen yang padat. Tidak tahu apa yang akan dia lakukan untuk mencari nafkah, dia mula berjalan-jalan dengan harapan dia dapat mencari idea.

Suatu hari, ketika dia berjalan-jalan pada pada sebelah pagi dan terjumpa seorang penjahit yang bekerja di keretanya dan menawarkan khidmat pembaikan segera pakaian ramai yang lalu lalang. Tanpa ragu-ragu dan terinspirasi, al-Masri mengeluarkan tempat duduk belakang vannya, memasang mesin jahit, dan memandu vannya ke tempat kosong berhampiran tepi jalan di Rukn Al-Deen.

Kelihatan Jamal al-Masri memperbetulkan baju di dalam van lamanya di Damsyik. – Xinhua

Lapan tahun kemudian, lelaki itu masih berada di dalam van lamanya, menjahit pakaian orang miskin yang tidak dapat membeli pakaian baharu. Dengan memakai seluar jeans dan baju- T, lelaki itu menunjukkan kekuatan fizikalnya walaupun berusia dan meluruskan belakangnya setelah berjam-jam duduk di kereta kecilnya.

Bercakap kepada Xinhua mengenai keadaannya, al-Masri sambil senyuman berkata dia menderita sejak berpindah dari rumahnya di Homs.

Melihat sekeliling van, lelaki itu mengatakan dia tidak pernah menyangka akan menghabiskan hampir satu dekad hidupnya bekerja berjam-jam setiap hari di dalam van, di mana terasa terlalu hangat ketika musim panas dan sejuk di musim sejuk. Dia hanya menggelar kehidupnya sebagai satu siri penderitaan selama lapan tahun terakhir.

“Lelaki pada usia saya sekarang harus bersara, tetapi saya tidak boleh bersara kerana tidak ada yang dapat membayar sewa saya,” katanya.

Bagi al-Masri, masa depan seperti kemewahan yang tidak mampu dia miliki. – Xinhua

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Darurat banjir di wilayah pulau selatan New Zealand

WELLINGTON, 18 OGOS – Wilayah Pantai Barat dan Nelson-Tasman di Pulau Selatan New Zealand dilanda hujan lebat dan banjir. Darurat tempatan masih kekal di kawasan...
- Advertisment -