Wednesday, April 17, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Pesara tentera mengaku bunuh 120 orang

    OCANA, 27 APRIL – Sejumlah 10 pesara tentera Colombia mengaku kepada keluarga mangsa bahawa mereka terlibat dalam pembunuhan 120 anggota keluarga mereka, yang kemudian dilaporkan sebagai pemberontak terbunuh dalam pertempuran.

    Ini adalah pengakuan awam seumpamanya oleh anggota tentera berhubung ‘kehilangan’ orang awam, yang kemudian dibunuh secara kejam. Seorang jeneral, empat kolonel dan lima anggota selain seorang awam dijangka membuat pengakuan itu kepada sebuah tribunal yang ditubuhkan pada 2016 sebagai usaha damai bagi menamatkan konflik setengah abad antara kerajaan dan Pasukan Bersenjata Pemberontak Revolusi Colombia (FARC).

    Skandal di mana orang awam dibunuh secara kejam sebelum didakwa sebagai pemberontak terbunuh ketika perang itu adalah yang terbesar menggugat pasukan tentera Colombia setakat ini.

    Sekitar 50 anggota keluarga mangsa berkumpul di teater universiti di Ocana, dekat sempadan utara Colombia dengan Venezuela, di mana perbicaraan Penghakiman Khas bagi Keamanan (JEP) diadakan.

    “Saya menerima dan mengaku bertanggungjawab sebagai individu yang bersekongkol melakukan pembunuhan antara 2007 dan 2008,” kata Nestor Gutierrez, bekas anggota tentera Colombia.

    “Kami membunuh petani yang tidak berdosa,” katanya sambil berjanji akan ‘menjelaskan’ semuanya kepada rakyat negara dan ini dunia sebelum penghakiman. – AFP

    Bekas anggota Angkatan Bersenjata Colombia Guillermo Gutierrex (kanan) bercakap kepada keluarga mangsa semasa perbicaraan di Ocana, Colombia pada 26 April. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China alu-alukan pelaburan asing dari Jerman

    BEIJING, 16 APRIL - Timbalan Perdana Menteri China, He Lifeng bertemu dengan delegasi ekonomi Jerman yang mengiringi Canselor Jerman, Olaf Scholz dalam lawatan ke...