Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Pesawah rugi RM1.4 juta padi ditenggelami banjir

    PASIR PUTEH, 4 JAN – Seramai 94 pesawah di Cherang Rotan, di sini, kerugian lebih RM1.4 juta selepas tanaman padi seluas 280 hektar yang diusahakan mereka musnah akibat banjir yang berlaku bulan lepas.

    Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Cherang, Rotan A Rahim Yunus berkata sebilangan besar tanaman padi yang diusahakan pesawah terlibat terletak di tiga kampung iaitu Kampung Merkang, Kampung Nara dan Kampung Jelor rosak selepas ditenggelami air separas dada lebih tiga hari.

    “Akibat ditenggelami air lebih tiga hari, tangkai padi menjadi reput. Perkara ini amat menyedihkan kerana padi yang rosak itu sebenarnya sudah masak, namun tidak boleh dituai kerana hujan lebat luar biasa yang berlaku beberapa hari sebelum kejadian,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Merkang, di sini hari ini.

    Mengulas lanjut, A Rahim berkata kawasan tanaman padi yang rosak itu dianggarkan mampu memberi pendapatan antara RM5,000 hingga RM6,000 setiap hektar kepada pesawah terlibat.

    “Kami mohon kerajaan negeri dan kerajaan pusat dapat membantu pesawah yang mengalami kerugian seperti memberi bantuan upah tenggala, benih dan racun untuk membolehkan mereka mengerjakan tanaman padi pertama tahun ini yang sedang bermula,” katanya.

    Beliau berkata tanpa bantuan ini, pesawah terlibat mengalami kesukaran kerana mereka mungkin tidak boleh lagi berhutang dengan PPK Cherang Rotan untuk dijadikan modal pusingan bagi mengerjakan tanaman musim ini. – Bernama

    Sebahagian petani menunjukkan pokok padi mereka yang hampir boleh dituai musnah selepas ditenggelami banjir lebih tiga hari di Kampung Merkang, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...